Berbuka di Shangri-La, Putrajaya

Hari ini Mama, Papa ngan Adia berbuka puasa di Shangri La Putrajaya. The food quite good la, makanan biasa-biasa ajer. Ari ni Mama kire tak masak jugak. Apapun, did enjoy jugak le. 1st time dapat makan dengan member-member opis. Kali ini yang meraikan Trend Micro… slalunyer… tak de kesempatan pun… Alhamdulillah… Ramadhan kali ni ader rezki camni… May be dengan adanya kehadiran Adia.

Dikirim dalam My Child, My Family, My Life. Ulasan Dimatikan pada Berbuka di Shangri-La, Putrajaya

Adia Zara – 9 months ++

 

Again… lama juga Mama tak buat sebarang penulisan. Sibuk barangkali… entah le… Mama sendiri tak pasti. Mungkin juga Mama leka dengan perkembangan Adia… lantas, terlupa nak update diari harian Adia.
Hari ni Mama bawa Adia bersama-sama makan dengan member opis sempena berbuka puasa yang dianjurkan oleh Trend Micro. Alhamdulillah… sronok tengok Adia enjoy suasana. agaknyer, sepanjang bulan Ramadhan yang berlalu, kat keliling Adia hanya ada Mama ngan Papa… sesekali ramai begitu, Adia bukan main seronok.
Adia makan kentang… buah tamar.. buah ciku…. agar-agar dengan nasi serta lauk ayam. Sambil-sambil tu Adia main-main dengan member opis mama yang lain. Sronok…terlompat-lompat…terjerit-jerit. Adia sekarang ni dah besar… dah mula berdiri dan lepas tangan. Merangkak tu jangan kata ler… laju… macam shinkansen 🙂
Mama sronok ari ni… jarang-jarang dapat kesempatan nak berbuka di luar or di bawah jemputan mana-mana syarikat dengan member opis… Alhamdulillah… rezki ari ini…

 

 

Hari ini punya penulisan

Hari ini Mama tak masak sebab keje. Sampai gumah pun dah 6:45ptg. Pkul 7.01 ptg dah masuk waktu berbuka, so… tak sempat ler. Laman web ni mama create untuk simpan menu-menu yang mama dah experiment sendri hasil dari yang mama belajar or diajar… baik melalui pewarisan (dr mak laaaa) or melalui buku and internet. So…. azam Mama… is to be yang terbaik… for Papa n Adia.

Dikirim dalam My Life, My Meals & Menu, My Thoughts. Ulasan Dimatikan pada Hari ini punya penulisan

Dadih Mudah

DADIH MUDAH 
diambil daripada Laman Web http:\\mesra.net
 
Bahan-Bahan:
Air 20 cawan
Agar-agar 1 pek (15Gram)
Susu segar (6 cawan)
Tepung kastard / tepung jagung (½ cawan)
Perisa Mengikut selera
Gula Secukup rasa
 
Cara:
1.Didihkan air dan kemudian bahagikan kepada 3 bahagian.
2.1/3 bahagian didihkan susu tepung dan tepung kastard.
3.1/3 bahagian larutkan gula.
4.1/3 bahagian lagi larutkan agar-agar.
5.Satukan ketiga-tiga bahagian dan biarkan sehingga mendidih.
6.Setelah mendidih letakkan ke dalam cawan dan sejukkan. 

 

Catatan:
Mama buat warna kuning dengan perisa durian, warna merah dengan perisa ros dan oren dengan perisa vanilla. Mungkin boleh tambahkan lagi amount susu segar bagi membolehkan rasa susu ltu lebih nyata. Apapun..sronok sebab Adia suka 😀
Dikirim dalam My Meals & Menu. Ulasan Dimatikan pada Dadih Mudah